Sony Lancar TV 4K







Sony kini kembali dengan TV generasi baru, Z9D 4K HDR. Berkeupayaan menghasilkan paparan warna hitam yang lebih gelap serta warna putih yang lebih terang. Siri Z9D ini tampil dengan pemproses 4K HDR dipanggil X1 Extreme yang menggabungkan pemprosesan imej masa sebenar, objek berdasarkan HDR, pemprosesan dwi pangkalan data, dan teknologi pemetaan Bit 4K HDR.



Untuk pengalaman menonton yang lebih menarik ia dipasang dengan algoritma lampu yang sangat tepat: X-tended Dynamic Range PRO, paparan TRILUMINOS, dan 4K X-Reality PRO yang akan menghasilkan paparan terperinci setiap bahan tontonan seperti siaran TV, DVD, cakera padat blu-ray, video internet, dan foto digital.Model Z9D ini juga mampu menyokong fungsi Android TV dengan paparan bar kandungan yang eksklusif dari Sony serta pencarian menggunakan suara.



TV Siri Z9D ini boleh didapati dengan dua model iaitu, 65 inci dan 75 inci yang masing-masing berharga RM23,999 dan RM29,999.



Sumber:  Hardware Zone Malaysia

Berkaitan