Sony Kongsikan Senarai 20 Permainan Untuk PlayStation Classic

Pertengahan September yang lalu, Sony telah mengumumkan kedatangan PlayStation Classic, sebuah konsol yang diilhamkan dari versi terawal.

Tampil dengan rekaan yang sama seperti konsol pertama, versi Classic ini mempunyai ukuran 45% lebih kecil serta dilengkapi dengan sokongan port HDMI untuk sambungan kepada TV.



Diawal pengumuman, pihak Sony memaklumkan 20 jenis permainan akan tersedia dimain pada konsol terbabit.

  1. Battle Arena Toshinden

  2. Cool Boarders 2

  3. Destruction Derby

  4. Final Fantasy VII

  5. Grand Theft Auto

  6. Intelligent Qube

  7. Jumping Flash!

  8. Metal Gear Solid

  9. Mr. Driller

  10. Oddworld: Abe's Oddysee

  11. Rayman

  12. Resident Evil Director's Cut

  13. Revelations: Persona

  14. R4 Ridge Racer Type 4

  15. Super Puzzle FIghter Turbo

  16. Syphon Filter

  17. Tekken 3

  18. Tom Clancy's Rainbow Six

  19. Twister Metal

  20. Wild Arms


Ini merupakan tajuk-tajuk biasa dimainkan pada PlayStation 1 dahulu. Mungkin peminat tegar akan sedikit kecewa kerana ada beberapa lagi tajuk permainan popular yang tidak tersenarai seperti Silent Hill, Crash Bandicoot dan lain-lain lagi.

PlayStation Classic bakal dijual dipasaran bermula 3 Disember 2018 pada harga $99.99 iaitu sekitar ~RM 418 mengikut tukaran matawang asing semasa.

https://www.youtube.com/watch?v=nl2h8LDq_oI

Sumber: Sony