Sony Jepun Tamatkan Khidmat Baik Pulih PlayStation 2, Berakhirnya Riwayat Konsol Paling Popular Di Dunia

Riwayat konsol permainan video paling laris terjual dalam sejarah, PlayStation 2 akhirnya tamat secara rasmi apabila Sony Jepun mengumumkan bahawa khidmat baik pulih konsol itu telah pun dihentikan. Perkara ini dilaporkan oleh laman sesawang permainan video terkemuka, Kotaku.

Sony telah menghentikan penghasilan konsol PS2 pada tahun 2012, namun ketika itu masih menawarkan khidmat baik pulih bagi memastikan konsol itu kekal 'hidup'. Namun, dengan pengumuman ini, maka boleh dikatakan bahawa hayatnya juga telah berakhir.


Kredit : Tom Cruze


PlayStation 2 telah diperkenalkan buat kali pertama pada Mac 2000 di Jepun. Sehingga hari ini, dilaporkan lebih daripada 156 juta unit telah pun terjual di seluruh dunia. Ternyata konsol ini banyak meninggalkan kenangan kepada mereka yang pernah memilikinya satu masa dahulu.

Bagi memperingati konsol Playstation 2 ini, kongsikan nostalgia dan kenangan manis anda bersama kami di ruangan komen.

 

Sumber