Sony Janjikan Pengesanan Wajah Yang Lebih Baik Dari Face ID Pada Peranti Mereka Tahun Ini

Pengesanan wajah telah menjadi salah satu dari cara yang paling digemari bagi menyahkunci peranti ketika ini. Apple dikatakan mempunyai sistem pengesanan wajah terbaik melalui Face ID-nya.

Bagaimanapun, syarikat dari Jepun, Sony baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan hadir dengan pengesanan wajah yang lebih baik dari Face ID pada peranti keluaran mereka tahun ini.

Kapsyen: MacObserver


Ia seiring dengan kenyataan Ketua Bahagian Sensor Sony, Satoshi Yoshira bahawa mereka akan menghasilkan sensor 3D baharu pada kamera hadapan dan belakang untuk digunakan oleh telefon mereka selepas ini.

Menurut Sony lagi, sensor itu akan dapat mengesan wajah pengguna pada jarak sejauh 16 kaki atau kira-kira 5 meter. Selain telefon pintar, mereka juga bercadang untuk membawa teknologi ini untuk digunakan pada kereta, dron, robot dan sebagainya.

Teknologi ini didakwa akan mula dibangunkan secara besar-besaran pada pertengahan tahun ini dan dijangka akan mula digunapakai oleh model kelas perdana Sony pada penghujung tahun.

 

Sumber: Phone Arena