Sony yang sememangnya terkenal dalam pengeluaran sensor kamera hari ini telah melancarkan CMOS IMX 661 yang mana ia melebihi 100MP.
Sensor imej IMX661 ini dilengkapi fungsi global shutter serta jumlah piksel tertinggi setakat ini iaitu 127.68MP.
Selain itu, ia mampu memberikan imej 10-bit pada 21.8fps, 12-bit pada 19.6fps dan 14-bit pada kadar 12.9fps.
Malah, secara fizikalnya juga, sensor ini adalah lebih besar daripada yang dimuatkan dalam kamera Fujifilm GFX100.
Walau bagaimanapun, sensor ini bukanlah untuk kegunaan telefon pintar mahupun kamera biasa kerana Sony menyasarkannya untuk keperluan industri profesional.
Menurut Sony, IMX661 ini mampu memproses imej dengan kelajuan 4 kali ganda lebih baik dan penghasilan sensor ini akan bermula sekitar April atau Mei tahun ini.
Dengan pengumuman daripada Sony ini juga, ia kini mampu memenuhi keperluan industri yang menginginkan sensor kamera yang berkualiti tinggi.
Sumber: Sony