Sony Hentikan Servis Mengesan Peranti "My Xperia"

Jika Apple terkenal dengan fungsi mengesan "Find My iPhone" dan Google dengan fungsi "Find My Device", Sony juga tidak ketinggalan memperkenalkan ciri hampir sama melalui "my Xperia".

Selepas berkhidmat sejak 2013, fungsi terbabit sudah ditamatkan perkhidmatannnya pada 17 Januari lepas dan berikut kenyataan yang dibuat syarikat terbabit.

" Perkhidmatan my Xperia telah dihentikan bermulada dari mode Xperia XZ Premium, oleh sebab itu adan tidak menjumpainya didalam menu tetapan pada peranti. Sebaliknya anda boleh menggunakan perkhidmatan Find My Device dari Google untuk mengunci atau memadam data peranti dari jarak jauh."



Sumber: Xperia Blog