Sony Dilaporkan Sedang Membangunkan Telefon Pintar Yang Boleh Digulung

Yang mana lebih menarik, gulung atau lipat?


Jika Samsung, Xiaomi, Huawei dan beberapa syarikat pengeluar telefon pintar lain sedang sibuk dengan model telefon pintar lipat mereka, Sony pula dilaporkan sedang sibuk menguji bagi membangunkan telefon pintar yang boleh digulung.

Ia didedahkan oleh pengguna laman sosial Twitter  bernama Max J. Tidak setakat itu, beliau turut mendedahkan spesifikasi prototaip telefon pintar Sony yang boleh digulung itu.

https://twitter.com/Samsung_News_/status/1147473317672214528?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1147473317672214528&ref_url=https%3A%2F%2Fpocketnow.com%2Fforget-foldable-smartphones-sony-is-working-on-a-rollable-smartphone

Pada lewat tahun lepas telah dilaporkan bahawa Sony sudah memfailkan paten bagi peranti telefon pintar dengan skrin telus yang boleh dilipat. Di dalam rajah paten yang didedahkan itu juga turut memaparkan rekaan yang dipercayai sebagai telefon pintar dengan teknologi skrin yang boleh digulung.



Tidak lama dalam tahun ini juga telah dilaporkan bahawa Malaysia tidak lagi menjadi fokus utama bagi pasaran telefon pintar Sony kerana mereka mahu fokus bagi memulihkan kedudukan kewangan mereka dengan melakukan penstrukturan semula pasaran produk mereka.

Sony dilaporkan hanya akan memfokuskan pasaran bagi produk mereka di negara Jepun, Eropah, Taiwan dan Hong Kong sahaja. Bermakna, Sony berkemungkinan tidak lagi akan membawa masuk model telefon pintar mereka ke Malaysia bermula tahun hadapan.

Sumber: Pocket Now