Sony Dilaporkan Menghantar E-mel Kaji Selidik Berkenaan PS5 Kepada Pelanggan Mereka

Bagi peminat permainan video, jenama Sony PlayStation tidak lagi perlu diperkenalkan. Setiap kali konsol baharu mereka dilancarkan, ia pasti menjadi antara konsol pilihan pada ketika itu(kecuali PSVita & PSP GO).

Ia menjadikan generasi PlayStation yang berikutnya terus ditunggu-tunggu oleh peminat mereka. Pada kali ini, konsol yang dinantikan semestinya PlayStation 5.

Sony sebelum ini memberi gambaran konsol tersebut mungkin akan diperkenalkan secara rasmi pada tahun 2020.

Sehubungan dengan itu, menurut Twisted Voxel, Sony telah mula menghantar e-mel kepada pelanggan mereka sejak beberapa hari lepas. Kiriman e-mel tersebut berbunyi seperti dibawah;

Hi, we’d really like to hear your opinions on console gaming.


This helps us plan for the future of PlayStation® – and improve the experience for you and all of our players.


It won’t take up much of your time and we really do appreciate you taking part.


Many thanks


Your Sony PlayStation Team


E-mel berkenaan adalah bertujuan untuk menjalankan kaji selidik yang menfokuskan kepada gaya penggunaan pemain serta apa yang diharapkan pada konsol mereka di masa akan datang.

Jika ditanya kepada kami, apa yang diharapkan pada PlayStation 5 nanti adalah kebolehan bermain permainan konsol terdahulu(backward compatibilty) serta mengekalkan cakera fizikal.

Apa pula yang anda mahukan pada PS5 nanti? Berikan pendapat anda pada ruang komen dibawah.

 

Sumber: Twisted Voxel