Sony Dikhabarkan Bakal Hadir Dengan Peranti 6 Kamera Belakang

Setelah syarikat jenama pengeluar peranti mudah alih terkenal Nokia memperkenalkan model terbaru mereka yang dilengkapi dengan 5 lensa kamera pada Februari lalu, kini giliran Sony memintas gelaran kamera lensa terbanyak dengan ura-ura mengatakan mereka bakal mengeluarkan model dilengkapi 6 lensa kamera.

Laporan yang dijumpai di laman sesawang sosial Twitter melalui salah seorang pengguna, Max J, menunjukkan paten atau prototaip peranti yang disertakan bersama 6 lensa kamera.

https://twitter.com/Samsung_News_/status/1138162759105961984

Berdasarkan kicauan di Twitter, Sony dikhabarkan sedang mengusahakan peranti yang dilengkapi 6 lensa kamera di belakang dan dua lensa kamera di bahagian hadapan.

Walaubagaimanapun masih belum jelas lensa yang bakal membarisi bahagian belakang peranti ini. Berkemungkinan kita akan melihat lensa sudut lebar, lensa telephoto, lensa kesan monokrom, lensa kesan kedalaman atau lensa bagi kesan-kesan yang lain.

Tambahan lagi, tiada sebarang butiran spesifikasi dinyatakan buat masa ini dan mungkin Sony bakal memberi kenyataan rasmi pada akhir tahun ini atau suku pertama bagi tahun 2020.

Baca juga -Malaysia Bukan Lagi Fokus Utama Bagi Pasaran Telefon Pintar Sony

Sumber: GSM Arena, Twitter