Sony Dijangka Lancar Xperia 5 II Dilengkapi 5G

Pada tahun 2019, Sony telah melancarkan 2 buah model flagship iaitu Xperia 1 dan Xperia 5 yang lebih kecil saiznya. Xperia 1 ini telah mendapat pengganti dinamakan Xperia 1 II pada bulan Februari lalu. Manakala untuk pengganti Xperia 5, sebelum ini belum ada lagi berita mengenai kewujudannya. Namun kini, sudah terdapat sedikit maklumat memberikan petanda pelancarannya.

Seperti Xperia 5 yang menjadi flagship model kecil kepada Xperia 1, Xperia 5 II turut sama akan menjadi versi kecil kepada Xperia 1 II. Saiz yang dikatakan adalah sekitar 5.6 - 5.8 inci. Menurut sumber tersebut, beliau masih belum mengetahui sama ada peranti ini akan menjadi model pengganti untuk Xperia 5, ataupun hanya sebuah model alternatif kepada Xperia 1 II.

Namun, melihat kepada tradisi Sony, jika model flagship yang dilancarkan itu adalah kecil, ia kebiasaannya merupakan model dengan spesifikasi yang hampir sama dengan flagship utamanya.

Mengenai spesikasi utama peranti ini, perkara pertama yang dinyatakan adalah ia akan menggunakan teknologi 5G. Cip pula belum lagi diketahui sama ada ia akan menggunakan cip Snapdragon 865 atau hanya kelas pertengahan seperti Snapdragon 765G sahaja.

Peranti ini dijangka akan dilancarkan di Jepun pada pertengahan kedua tahun ini. Dengan maklumat yang hanya sedikit ini, mungkin juga ini merupakan sumber dan info palsu. Ada sebab mengapa ia dipanggil ura-ura.

Sumber: Androidnext

Berkaitan