Sony Dedahkan Pelan Kemaskini Android 8.0 Oreo

Sempena dengan pelancaran telefon pintar Xperia XZ1, XZ1 Compact dan Xperia XA1 Plus, Sony juga telah mengumumkan sesuatu berkenaan kemaskini Android 8.0 Oreo untuk peranti mereka.

Pihak Sony akan mengemaskini 10 peranti mereka ke Android 8.0 termasuk peranti utama seperti Xperia XZ, peranti pertengahan seperti Xperia XA1 dan projektor Xperia Touch.

Berikut merupakan senarai peranti yang bakal menerima kemaskini Android 8.0 Oreo:

  • Sony Xperia X

  • Sony Xperia X Performance

  • Sony Xperia XZ

  • Sony Xperia X Compact

  • Sony Xperia XZ Premium

  • Sony Xperia XZs

  • Sony Xperia XA1

  • Sony Xperia XA1

  • Sony Xperia XA1 Ultra

  • Sony Xperia Touch

  • Sony Xperia XA1 Plus


Masih tidak dapat dipastikan lagi bila kemaskini ini akan dapat ke peranti-peranti yang disebut tetapi menjadi khabar gembira kepada pemilik peranti tersebut memandangkan mereka bakal menikmati versi Android terbaru untuk peranti mereka.

Sumber