Ketika mana ramai peminat siri konsol ini menantikan penawaran baru itu, satu laporan telah muncul yang menyatakan Sony Interactive Entertaiment Inc telah memfailkan tanda dagang PS6, PS7, PS8, PS9 dan PS10 di Jepun.
Ia bukanlah jaminan sebenar bahawa PS6 dan lain-lain model akan diperkenalkan pada tahun-tahun mendatang tetapi ia sedikit sebanyak menggambarkan bahawa syarikat pengeluar mungkin mempunyai perancangan jangka masa panjang untuk siri konsol popular tersebut.
Selain itu, pemfailan tanda dagang ini juga dilihat sebagai langkah untuk mengelakkan entiti atau syarikat lain menggunakannya pada masa akan datang, sekaligus melindungi jenama yang sudah dibangunkan oleh Sony sejak lebih dua dekad yang lalu.
Terdapat perdebatan yang menyatakan permainan secara penstriman mungkin menjadi pilihan pemain berbanding konsol pada masa hadapan, adakah anda merasakan kita bakal melihat penawaran PS10 dibuat ataupun tidak?
Sumber: IGN
Berkaitan
- PlayStation 4 Sudah Terjual 110 Juta Unit Sejak Dilancarkan
- Sony Bakal Keluarkan PlayStation 4 Edisi Spider Man
- Sony Mungkin Guna Nama Xperia 10 Dan Xperia 10 Plus Bagi Peranti Kelas Pertengahan
- Sony Dilihat Tidak Berminat Dengan Telefon Pintar, Akan Memberikan Tumpuan Kepada Teknologi Realiti Maya
- Permainan PlayStation Untuk Platform Telefon Pintar?
- PlayStation 4 Pro Ditawarkan RM300 Lebih Rendah Dari Harga Asal
- Sony Xperia XZ4 Semakin Hampir Diperkenalkan
- Ini Senarai Permainan Untuk PlayStation 5
- Laman Web "sonymobile.com" Sudah Tiada Lagi
- Spesifikasi Telefon Pintar Sony Tertiris, Menyenaraikan Snapdragon 845 Dan Dwi Kamera