Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
sony sensor

Sony Bergelut Untuk Penuhi Permintaan Sensor Kamera Seluruh Dunia

Diterbitkan Disember 26, 2019 oleh Meor Hasyim

Menurut Bloomberg, untuk tahun yang kedua berturut-turut, Sony terpaksa mengoperasikan kilang sensor kamera mereka sepanjang cuti akhir tahun 24/7 setiap hari. Ia adalah semata-mata untuk memenuhi permintaan perkakas tersebut yang digunakan dalam peranti pintar dan kamera di seluruh dunia.

“Kami terpaksa meminta maaf terhadap pembeli kerana jumlah sensor yang tidak mencukupi.” Terushi Shimizu, ketua unit semikonduktor Sony.

Sekarang inipun sudah biasa jika kita lihat peranti pintar mempunyai 3 lensa di belakangnya. Dari Samsung, Huawei, malah Apple, kesemuanya gunakan lensa yang banyak. Jadi, disebabkan itulah permintaan sensor kamera semakin meningkat sejak kebelakangan ini.

Pada Mei lalu, Sony mengawal 51% pasaran sensor kamera dan menyasarkan sehingga 60% pasaran untuk tahun fiskal 2025. Shimizu menjangkakan nilai itu sedikit bertambah untuk tahun ini ekoran permintaan tinggi berkenaan.

Sumber: Bloomberg

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY