Sony Berdepan Boikot Dari Peminat Marvel Berikutan Penarikan Filem Spider-Man Dari MCU

Sony tidak bersetuju pembahagian keuntungan filem Spiderman akan datang.


Selepas kejayaan besar dicapai oleh filem SpiderMan: Far From Home, kini laporan terbaru menyatakan bahawa Sony telah menarik keluar filem Spider-Man akan datang dari Marvel Cinematic Universe (MCU).

Ia berikutan kegagalan persetujuan pembahagian keuntungan antara pihak Disney dan Sony di mana Disney mahukan pembahagian 50/50 menerusi keuntungan yang diperolehi dari penerbitan filem Spider-Man.

Ketika ini, Disney didakwa hanya menerima 5% sahaja daripada keuntungan filem tersebut. Oleh itu, Disney kini meminta keuntungan sama rata dari pihak Sony memandangkan mereka dan Marvel memainkan peranan besar dalam pembikinan dan penerbitan filem tersebut.

Walaubagaimanapun, Sony tidak bersetuju dengan permintaan tersebut sekaligus menyebabkan mereka mengambil keputusan menarik keluar Spider-Man dari MCU.

Tindakan Sony ini bermakna, filem Spider-Man akan datang mungkin tidak lagi diterbitkan oleh Marvel serta tiada lagi penglibatan Presiden Marvel, Kevin Feige ke atas pembikinan filem tersebut.

Malah status pelakon utamanya, Tom Holland yang memegang watak adiwira itu juga kini dalam keadaan terumbang-ambing.

Susulan daripada isu ini, pelbagai pihak telah mula melancarkan boikot terhadap Sony terutamanya para peminat tegar Marvel.

https://twitter.com/uhharrry/status/1163919563693723648?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed&ref_url=https%3A%2F%2Fd-2843452805761024070.ampproject.net%2F1907301630320%2Fframe.html

https://twitter.com/BassoHannah/status/1163920463032139778?s=20

Malah salah seorang pelakon utama dalam filem Avengers turut respon terhadap isu yang sedang hangat ini.

https://www.instagram.com/p/B1aLBNZDPOl/?utm_source=ig_embed

Isu ini mula didedahkan oleh laman Deadline. Lantas Sony telah respon dan menjawab isu ini. Berikut adalah kenyataan rasmi dari pihak Sony menerusi jurucakapnya kepada Deadline.

Much of today’s news about Spider-Man has mischaracterized recent discussions about Kevin Feige’s involvement in the franchise. We are disappointed, but respect Disney’s decision not to have him continue as a lead producer of our next live action Spider-Man film.

We hope this might change in the future, but understand that the many new responsibilities that Disney has given him – including all their newly added Marvel properties – do not allow time for him to work on IP they do not own. Kevin is terrific and we are grateful for his help and guidance and appreciate the path he has helped put us on, which we will continue.” Jurucakap Sony.

Filem Spider-Man: Far From Home merupakan satu-satunya filem yang pernah memberikan keuntungan tertinggi kepada Sony di mana filem itu telah berjaya menjana keuntungan lebih daripada USD1 bilion dari tayangannya di seluruh dunia.

Sony adalah pemegang hak penuh ke atas filem Spider-Man serta 900 karakter lain yang berkaitan dengan Marvel Comics sejak 1998.