Sony Bercadang Untung Lancarkan Jam Pintar FES Watch U







Sony yang telah memperkenalkan peranti jam pintar e-paper FES Watch pada tahun 2014, kini kembali dengan versi terbaru FES Watch U.



Sony FES Watch U direka dengan lebih kemas dan cantik dari versi sebelumnya. Ianya masih memiliki rekaan jam tangan e-paper, cuma ia mengunakan gambungan besi dan nilam untuk badan paparan bulat seperti dalam gambar. Sony berkata bateri peranti ini mampu bertahan sehingga 3 minggu.



FES Watch U ini boleh disambungkan ke peranti anda melalui sambungan Bluetooth. Yang menarik tentang jam pintar ini, pengguna dapat mengubah rekaan jam tangan tersebut dengan memilih beberapa jenis rekaan di dalam aplikasinya. Anda boleh melihat video di bawah untuk melihat peralihan rekaan jam pintar ini.



Jam Pintar ini mempunyai berat sebanyak 70 gram dan mengambil masa selama 2 jam untuk di cas penuh. Ianya disahkan dengan IPX5/IPX7 untuk kalis air hujan atau tumpahan air. Sony FE Watch U hanya boleh disambungkan dengan peranti iPhone setakat ini dan memerlukan iOS 9 dan ke atas untuk sambungan yang lancar. Sony juga memberitahu sambungan dengan Android akan dipertimbangkan. Ianya telah dilancarkan di Jepun dan masih belum dipasarkan ke pasaran lain setakat ini.