Sony Bakal Keluarkan PlayStation 4 Edisi Spider Man

Sony dikhabarkan bakal menampilkan konsol edisi istimewa sempena dengan pelancaran permainan video Spider Man yang dijangka berlangsung pada September hadapan.



Model PlayStation 4 Pro berwarna merah itu diperkemaskan lagi dengan logo Spider Man pada bahagian atas konsol. Setiap pembelian edisi Amazing Red ini akan disertakan dengan satu controller berwarna merah disamping butang berwarna putih, dan permainan video Spider Man beserta baucar bagi downloadble content (DLC).



Pra tempah untuk PlayStation Pro 4 edisi Amazing Red sudah bermula dan didagangkan pada harga $399 (~RM1620.74).

Tidak seperti permainan konsol Spider-Man terdahulu, versi yang akan dilancarkan pada 7 September nanti menggambarkan watak protagonis Peter Parker yang lebih matang dan harus menghadapi sejumlah musuh baru serta lama.

https://www.youtube.com/watch?v=FvxTpUCkO5s

Sumber: The Verge