Sony Baiki Pepijat Yang Menyebabkan Konsol PS4 Tidak Berfungsi

Baru-baru ini pengguna konsol permainan PlayStation 4 (PS4) telah mengalami serangan pepijat dalam bentuk message yang dihantar oleh orang yang tidak dikenali dan terus membuatkan konsol mereka tidak lagi berfungsi.

Pihak PlayStation telah pun memulakan langkah-langkah pembaikan pepijat tersebut dan memberikan arahan untuk membaik pulih konsol PS4 yang sudah terjejas.

https://twitter.com/AskPS_UK/status/1051844976844464129

Konsol permainan PS4 menyokong fungsi chat di dalam sistem mereka yang boleh digunakan untuk menghantar pesanan dalam bentuk teks dan juga suara kepada ahli keluarga, kenalan dan juga orang yang tidak dikenali.

Sony mendakwa pepijat yang baru-baru ini menjejaskan konsol pengguna mereka tidak membuatkan konsol mereka bricked tetapi menghantar sistem konsol tersebut ke dalam crash loop yang boleh dibaiki dalam masa 5 minit.