Sony: Antara Muka PlayStation 5 Didedahkan Buat Pertama Kali

Dilancarkan bulan lalu, Sony hari ini berkongsi antara muka pada konsol baharu mereka, PlayStation 5. Mereka menamakan ia sebagai user experience (UX).



UX akan berikan anda pengalaman generasi seterusnya dengan lebih mendalam serta menghubungkan anda sebagai pemain dengan permainan yang hebat dan komuniti gaming.

UX baharu ini memperkenalkan beberapa ciri terbaru yang direka untuk menjadikan pengalaman permainan anda lebih menyeronokkan dan menarik.



Salah satu ciri menarik adalah Control Center yang baharu dimana ia menyediakan akses terus ke hampir semua yang anda perlukan dari PS5 dengan hanya satu butang pada controller DualSense.

Ciri lain yang dipanggil Activities yang membolehkan pemain menemui peluang permainan baru, kembali ke perkara yang anda terlepas atau cabaran yang anda inginkan dan banyak lagi.

Dengan hadirnya SSD di PS5, anda dapat menyertai party dan permainan yang dihoskan oleh rakan secara langsung dari Control Center serta dapat beralih ke permainan lain dengan pantas.

https://www.youtube.com/watch?v=7TBPrYJDoDE&feature=emb_title

Sistem perkongsian media baru juga berikan anda menulis kapsyen sebelum berkongsinya ke media sosial atau komuniti.



Sementara tangkapan skrin yang dibuat juga terpapar peringatan spoiler untuk pemain yang belum memainkan permainan itu.

Tinggal hanya sebulan lagi sebelum PlayStation 5 akan dijual kepada umum. Pasti ramai gamer sudah tidak sabar akan konsol generasi terbaharu ini.

Sumber: PlayStation