Sony Akan Memperkenalkan Dua Versi Baru PS4 Bulan Hadapan







Sony dilaporkan akan memperkenalkan dua versi terbaru PlayStation 4 di acara New York Press, 7 September ini.



Sudah pasti ramai yang sudah mengetahui berita tentang pelancaran PlayStation Neo namun, mengikut laporan Wall Street Journal, mereka juga mahu menaik taraf model asal mereka. Tiada berita sahih buat setakat ini namun mengikut laporan Wall Street Journal, mereka akan mengeluarkan dua versi PS4 baru untuk menarik peminat sejati dan peminat baru PS4.



Setakat ini Sony telah menjual 40 juta konsol di serata dunia. Walaupun Sony telah rugi dalam industri telefon pintar tahun ini, sambutan PS4 pula mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan. PS4 telah membawa 75 peratus keuntungan Sony di dalam setengah tahun ini dan ianya menjadi harapan dan taruhan buat syarikat dari Jepun ini.



Permainan konsol tambahan ini bukan sahaja pembaharuan dari Sony, mereka juga dikahabarkan akan mengeluarkan permainan untuk iOS dan Android dalam usaha untuk bersaing dengan Nintendo namun ianya dikatakan hanya untuk pengguna di Asia.