Sony Akan Membayar Pemilik Xperia Selepas Kalah Dalam Kes Mahkamah Berkenaan Tuntutan Kalis Air

Sony Mobile baru sahaja kalah dalam tuntutan mahkamah berkenaan dengan telefon 'kalis air' mereka. Ini bukan kali pertama isu ini dibangkitkan dan sejak 2014, isu tersebut masih menghantui pengguna Xperia. Hampir 2 tahun lepas, Sony memberitahy pengguna supaya tidak menggunakan peranti kalis air mereka di dalam air.

Tuntutan mahkamah ini melibatkan pengguna di Amerika Syarikat sahaja dan mereka mungkin dibayar lebih dari RM 1,200 bergantung kepada model yang telah dibeli. Tuntutan ini menegaskan yang pihak Sony yang bersalah kerana mengatakan peranti mereka kalis air sepenuhnya sedangkan rating peranti mereka hanya IP-58 yang bermaksud kalis percikan.

Tuntutan yang dibuat sejak Januari 2016 ini akan melibatkan 24 jenis model Xperia:

  • Xperia M2 Aqua

  • Xperia M4 Aqua

  • Xperia ZR

  • Xperia Z Ultra

  •  Z1

  •  Z1 Compact

  • Xperia Z1s (T-Mobile)

  • Z2, Z3, Z3 Compact

  • Xperia Z3 (T-Mobile)

  • Z3v (Verizon)

  • Xperia Z3 Dual

  • Xperia Z3+ Dual

  • Z3+, Z5, Z5 Compact

  • Z2 Tablet (WiFi), Z2 Tablet (LTE), Z2 Tablet (Verizon LTE)

  • Z3 Tablet Compact (WiFi), Z3 Tablet Compact (LTE)

  • Z4 Tablet (WiFi), and Xperia Z4 Tablet (LTE)


Sumber