Sony A9 Tampil Garang Dengan Sensor Sebesar 24MP dan Keupayaan Shooting pada 20fps

Beberapa hari lalu Sony mendakwa telah mengatasi Nikon sebagai pengeluar kamera bingkai penuh kedua terlaris di pasaran. Walaupun Sony merupakan satu-satunya pengeluar kamera yang tampil dengan rekaan inovatif bersama siri A7 mirrorless mereka, Canon masih lagi menjadi pilihan pengguna profesional terutamanya siri 1D, but not for long.

Hari ini Sony sekali lagi tampil garang dengan memperkenalkan flagship terbaru mereka untuk tahun ini, Sony A9.

1547923163

Kamera mirrorless Sony A9 ini memiliki sensor 35-mm full frame stacked Exmore RS CMOS 24-Megapixel. Sony mendakwa kamera terbaru ini memiliki teknologi paling advance dalam sejarah pembuatan kamera Sony.

Penambahan lapisan pada CMOS sensor bermaksud kamera ini dibina dengan memori terbina di dalam sensor yang mampu mengambil gambar yang gila pantas pada 20fps. Bayangkan kamera boleh ambil gambar 20fps dengan berterusan. Fuhhhhhh.

wwbci8ep6zeyzeqj8whh

Pesaing terdekat Canon 1D X Mark II hanya mampu mengambil gambar pada 16 fps sahaja. Malah Sony A9 ini mampu mengambil shot yang laju tanpa kehilangan fokus. Kira kalau nak ambil gambar Usian Bolt lari 100 meter memang tak ada masalah kehilangan fokus langsung.

Sensor 24-Megapixel CMOS ini masih lagi dikekalkan dengan binaan back-illuminated dalam meningkatkan pengambilan cahaya bersama sensor penstabilan 5-axis yang digunakan oleh siri A7.

Untitled

Sistem AF juga diberikan penambahbaikkan bersama 693 focusing point yang meliputi 93% frame. Exposure speed juga ditingkatkan pada 1/32,000 berbanding siri A7 pada hanya 1/8,000. 

Yang paling menarik perhatian adalah ciri silent shooting. Ciri sebegini sangat dialu-alukan kerana kebanyakan juru kamera tidak mahu menjadi perhatian ketika mengambil gambar dengan bunyi shoot yang bising.

Model A9 ini juga mampu mengambil gambar full-frame dengan kualiti 4K selain memiliki port Ethernet untuk pemindahan fail yang lebih pantas bersama dua slot kad SD untuk simpanan yang lebih banyak.

Seperti pengguna lain, tidak dinafikan masalah utama siri A7 sebelum ini adalah dari segi kapasiti bateri yang kecil (semua kamera pun sama). Kali ini Sony menambah 2 kali ganda kapasiti bateri untuk model A9 ini dengan jumlah 480 shot sekali cas. Kalau nak lebih, pakailah bateri grip macam biasa.

Ok, dari segi harga pula, model Sony A9 ini dijual pada harga *drum roll......... $4500 iaitu lebih kurang RM 19,791.00. Tidak termasuk lens ya kawan-kawan. Itupun belum harga yang dijual kat Malaysia, mungkin mencecah RM20K ke atas.

7674517457

79187740510517316483495118091454699159595699017375

highlights

[embed]https://www.youtube.com/watch?v=HF2GOmsOr40[/embed]

 

Sumber