Sony a9 - Kamera Berharga RM21,799 Kini Dijual Di Malaysia

Umum sudah maklum tentang kehebatan kamera ciptaan Sony, lebih-lebih lagi bagi siri Sony a yang mendapat sambutan hangat dalam pasaran kamera digital.

Sony kini membawakan sebuah lagi model yang sudah pastinya dilengkapi dengan ciri-ciri berkuasa tinggi khas untuk jurugambar profesional di Malaysia.

Kamera yang dimaksudkan adalah Sony a9. sebuah kamera 'lensa mudah tukar' dengan rekaan yang kompak.







Sudah pasti keluaran terbaru ini bakal memberi saingan kepada jenama lain seperti Canon dan juga Nikon.

Antara ciri menarik yang ditawarkan oleh Sony a9 adalah:

  • sensor Exmor RS CMOS 24.2-megapixel

  • Keupayaan menangkap gambar secara berterusan yang luar biasa

  • Autofokus 693

  • Rakaman video 4K

  • Mempunyai 5-paksi penstabilan dalam badan

  • Dwi slot kad SD

  • Port Ethernet


Difahamkan Sony a9 mempunyai ciri "blackout-free", bermaksud  anda tidak akan terlepas pandang subjek anda kerana ia akan mengambil gambar secara berterusan pada kadar 20fps!

Kelajuan maksimum shutter kamera adalah 1/32,000 saat dan berfungsi secara senyap juga tanpa gegaran(selagi mana anda menggunakan shutter elektronik).

Kamera ini akan dijual dengan tiga harga yang berbeza dimulai dengan:

  1. RM21,799 - badan sahaja

  2. RM31,099 - beserta lensa SEL2470GM

  3. Rm33,299 - beserta lensa SEL70200GM


Contoh imej yang dihasilkan Sony a9:





Sumber: Lowyat.net