Sonic The Hedgehog Dikritik, Pengarah Filem Itu Sahkan Karakter Itu Akan Direka Semula

Beberapa hari sudah, Paramount Pictures telah mengeluarkan trailer pertama bagi filem Sonic the Hedgehoc, watak kartun popular yang akan diisi suaranya oleh pelakon Ben Schwartz.



Namun, penampilan Sonic pada filem live-action tersebut mendapat kritikan daripada peminat kerana berlainan daripada karakterk sebenar, seperti pada bahagian gigi, warna dan mata.



Hal ini mendapat perhatian daripada pengarah filem, Jeff Fowler dan menerusi ciapan di Twitter, beliau telah berjanji untuk mengubah karakter kegemaran ramai itu.


Sonic the Hedgehog dijangka akan menghiasi layar perak sekitar November ini. Nampaknya, pihak pembikin filem mempunyai baki 3-4 bulan lagi untuk memenuhi kehendak peminat karakter itu.