Sokongan WhatsApp Ditamatkan Untuk Kesemua Telefon Berikut

WhatsApp kini sudah mencecah usia 10 tahun sejak diperkenalkan pada 2009 yang lalu. Tahun demi tahun pelbagai penambahbaikan dilancarkan platform pemesejan segera ini, memfokuskan kepada ciri keselamatan dan cara untuk kekal berhubung dengan pengguna yang lain.

Berdasarkan pengumuman yang dibuat hujung minggu lalu, WhatsApp menyatakan sejumlah peranti yang menjalankan sistem operasi Nokia S40 tidak lagi boleh menggunakan aplikasi berkenaan setelah berakhirnya 31 Disember 2018. Senarai telefon adalah seperti dibawah.

  • Nokia 206

  • Nokia 208

  • Nokia 301

  • Nokia 515

  • Nokia Asha 201

  • Nokia Asha 205

  • Nokia Asha 210

  • Nokia Asha 230

  • Nokia Asha 300

  • Nokia Asha 302

  • Nokia Asha 303

  • Nokia Asha 305

  • Nokia Asha 306

  • Nokia Asha 308

  • Nokia Asha 309

  • Nokia Asha 310

  • Nokia Asha 311

  • Nokia Asha 500

  • Nokia Asha 501

  • Nokia Asha 502

  • Nokia Asha 503

  • Nokia C3-00

  • Nokia C3-01

  • Nokia X2-00

  • Nokia X2-01

  • Nokia X3-02

  • Nokia X3-02.5


Keputusan yang diambil ini adalah untuk memberi ruang kepada WhatsApp dalam menawarkan ciri-ciri yang lebih baik pada masa akan datang berlandaskan sistem operasi yang terkini.

Selain itu, dua lagi sistem operasi bakal dihentikan sokongan Whatsapp adalah versi Android 2.3.7 kebawah dan iOS 7 kebawah bermula pada 2 Februari 2020.



Bagi anda yang masih menggunakan Android 2.3.7 serta iOS 7, anda mempunyai masa setahun lebih lagi untuk menikmati WhatsApp sebelum disarankan beralih ke sistem operasi yang lebih terkini.