Sokongan Terhadap Windows 7 Bakal Berakhir Tidak Lama Lagi

Windows 7 boleh dikatakan sebagai versi Windows yang paling berjaya dan digemari ramai selepas Windows XP sejak dilancarkan hampir 10 tahun lepas.

Akan tetapi, jangka hayat bagi sistem operasi berkenaan dijangka tidak akan bertahan untuk tempoh yang lama selepas ini.

Kapsyen: Techspot


Ia kerana Microsoft dilihat mula menghantar notifikasi kepada pengguna Windows 7 mengenai penamatan sokongan bagi sistem berkenaan baru-baru ini.

Menurut mesej yang dihantar, kemaskini terakhir bagi Windows 7 akan ditawarkan pada 14 Januari 2020 sekaligus menandakan berakhirnya sokongan buat OS berkenaan.

Menurut StatCounter, Windows 7 masih lagi digunapakai pada 33.89% daripada keseluruhan peranti Windows di dunia hari ini manakala 54.78% daripadanya menggunakan sistem terkini, Windows 10.

 

Sumber: TechRadar