Sokongan Terhadap Windows 10 Mobile Akhirnya Ditamatkan Sepenuhnya

Aplikasi WhatsApp akan berhenti beroperasi dalam beberapa minggu ini pada peranti yang menggunakan sistem Windows 10 Mobile.


Microsoft akhirnya menamatkan sepenuhnya sokongan terhadap sistem operasi Windows 10 Mobile pada peranti pintar.

Bermakna, Microsoft tidak lagi akan menghantar sebarang kemas kini terhadap peranti Windows 10 Mobile.

Walaubagaimanapun, bagi pengguna yang masih bergantung pada peranti tersebut, mereka masih lagi boleh menggunakan sebahagian aplikasi-aplikasi pada peranti Windows 10 Mobile termasuklah Microsoft Word, Excel, PowerPoint dan OneNote.

Malah aplikasi-aplikasi tersebut masih akan menerima kemas kini di platfom Windows 10 Mobile sehingga 12 Januari 2021.

Tetapi bagi aplikasi sosial seperti WhatsApp hanya akan berfungsi dalam beberapa minggu ini sahaja lagi di platfom tersebut.

Jadi, ini adalah masa terbaik untuk anda beralih kepada peranti pintar yang menggunakan platfom Android ataupun iOS.

Terdapat pelbagai model terbaru yang menarik untuk anda pilih sama ada model mampu milik mahupun model premium yang berharga ribuan ringgit.

Atau jika anda mahu terus setia dengan peranti yang dikuasakan oleh sistem Microsoft, anda bolehlah sabar menunggu model terbaru peranti Surface Neo yang dikuasakan oleh Windows 10X.

Surface Neo dijangka akan hadir di pasaran pada tahun hadapan.

https://www.youtube.com/watch?time_continue=2&v=fssZICsV4Rg&feature=emb_logo

Sumber: Android Authority