Sokongan Pengecasan Pantas Tanpa Wayar Google Pixel 3 Hanya Pada Dek Pengecas Yang Diiktiraf Sahaja

Pengecasan pantas menjadi semakin penting hari ini. Jika sesebuah peranti itu hadir tanpa sokongan pengecasan pantas, ia seolah-olah menjadi satu kekurangan besar kepadanya. Malah, pengecasan pantas kini sudah mula ikut serta bersama pengecasan tanpa wayar.

Peranti Google Pixel 3 juga tidak mahu terlepas daripada menggunakan teknologi ini. Ketika dilancarkan, Pixel 3 dikatakan menyokong pengecasan pantas tanpa wayar 10W. Bagaimanapun, fungsi ini hanya akan disokong apabila peranti berkenaan dicas menggunakan dek pengecasan yang diiktiraf Google sahaja.

Kapsyen: Pixel Stand (Kredit: Android Authority)


Jika ia dicas menggunakan dek pengecasan yang tidak diiktiraf, Pixel 3 hanya akan dapat dicas pada 5W sahaja. Ia merupakan kadar standard bagi pengecasan tanpa wayar yang ada pada hari ini.

Walaupun begitu, Google menyatakan kesediaan mereka dalam bekerjasama dengan pihak ketiga bagi menghasilkan dek pengecasan pantas tanpa wayar bagi model baru mereka tersebut. Ia secara tidak langsung membenarkan pengguna menggunakan pengecasan pantas tanpa wayar lain selain Pixel Stand.

 

Sumber: TechRadar