Sokongan Fungsi "Stickers" Akhirnya Akan Hadir Ke Aplikasi WhatsApp

Stickers merupakan salah satu fungsi yang digemari oleh pengguna aplikasi permesejan seperti Messenger dan WeChat. Bagaimanapun, fungsi ini masih lagi belum tersedia bagi aplikasi permesejan paling popular, WhatsApp sehingga hari ini.

Perkara itu dijangka akan berubah tidak lama lagi apabila WhatsApp akan mula menyokong fungsi stickers pada aplikasinya. Pembangunnya memberitahu bahawa mereka akan membenarkan pembangun pihak ketiga untuk menghasilkan stickers bagi aplikasi itu.

Kapsyen: Kredit: WhatsApp


Buat masa ini, mereka hanya mengumumkan tiga sticker terawal bagi WhatsApp yang telah diberi nama Cuppy, Komo dan Salty. Lebih banyak stickers dijangka akan tersedia dalam minggu-minggu mendatang.

Fungsi ini sudah mula menemui penggunanya di peranti Android dan iOS secara berperingkat. Jadi, bagi pengguna WhatsApp yang berminat menggunakannya, pastikan anda menyemak kemaskini aplikasi berkenaan di peranti anda lebih kerap untuk beberapa minggu kehadapan ini.

 

Sumber: Engadget