Sokongan Dialek Kantonis Diperkenalkan Sebagai Pilihan Navigasi Suara Baru Waze

Waze telah banyak berjasa dalam membantu pengguna-pengguna jalan raya dalam memastikan mereka berjaya tiba di destinasi tujuan tanpa masalah seperti sesat atau terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

Sejak dilancarkan, Waze konsisten dalam membekalkan perkhidmatan yang terbaik bagi semua penggunanya tanpa mengira negara dan bangsa. Ia dibuktikan apabila mereka memperkenalkan satu lagi sokongan bahasa baru untuk pengguna di Malaysia iaitu Kantonis.



Dialek Kantonis ini merupakan tambahan terbaru kepada pilihan-pilihan suara berbahasa Cina yang telah dilancarkan lebih awal seperti Cina Tradisional dan Cina Ringkas.

Dengan tambahan terbaru ini, Waze kini menyediakan lebih daripada 50 bahasa di dunia. Bagi yang masih lagi belum menggunakan aplikasi navigasi ini, anda boleh muat turun di Apple Appstore atau Google Playstore dan rasai sendiri pengalaman menggunakannya.

 

Sumber: WAZE