Kini, dakwaan tersebut telah diperkuatkan lagi melalui maklumat terbaharu bahawa fungsi tersebut akan dijayakan oleh Project Latte yang didedahkan oleh Windows Central.
Sebelum ini, Project Astoria yang dibangunkan oleh Microsoft 4 beberapa tahun lalu turut mempunyai halatuju sama namun dihentikan kerana maklum balas kurang baik dari pembangun.
Kali ini, menerusi Project Latte pula, ia sedikit berbeza kerana menggunakan Windows Subsystem for Linux (WSL) yang dikatakan kurang cerewet kerana kurang perubahan besar kod pada aplikasi yang dibangunkan.
Sokongan aplikasi Android pada Windows sebenarnya bukanlah perkara baharu kerana Samsung mempunyai kemampuan berkenaan melalui aplikasi Your Phone.
Namun begitu, ia terbatas hanya untuk telefon Samsung sahaja. Dari segi kelebihan, sudah tentu Project Latte akan mempunyai sokongan model Android dan pembangun aplikasi lebih meluas.
Microsoft dijangka akan memperkenalkan Project Latte pada tahun hadapan melalui kemaskini Windows 10.
Sumber: Windows Central
Berkaitan
- Origin OS vivo Yang Baharu Dilaporkan Menawarkan Pilihan Beralih Ke Antaramuka Android Asli
- Kemaskini ColorOS 7 Untuk Realme Akan Lebih Ke Arah Android Asli
- Apa Itu Google Play System Update Dalam Telefon Android? Apa Kepentingannya?
- Android 11 Versi Beta Pula Akan Hadir Mei Ini
- Apa Beza Antara Android TV Dengan Smart TV? Mana Satu Lebih Bagus?
- Telefon Android Nougat Kebawah Bakal Alami Masalah Untuk Mengakses Laman Web Pada Tahun 2021
- Oracle Menang Bidaan Untuk Memiliki TikTok, ByteDance Tolak Tawaran Microsoft
- Mod Gelap Secara Rasminya Hadir Di WhatsApp Untuk Android Dan iOS
- Microsoft Perkenal Surface Pro 7+ Dengan Sokongan LTE, CPU Intel Gen-11, Dan Bateri Lebih Besar
- Ini 4 Ciri Baharu Dalam Android 13 "Tiramisu"