Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
project latte

Sokongan Aplikasi Android Dalam Windows 10 Akan Dijayakan Oleh Project Latte Microsoft

Diterbitkan November 30, 2020 oleh Meor Hasyim

Beberapa hari lalu, kami telah melaporkan bahawa terdapat ura-ura bahawa Microsoft akan membawa sokongan aplikasi Android ke Windows.

Kini, dakwaan tersebut telah diperkuatkan lagi melalui maklumat terbaharu bahawa fungsi tersebut akan dijayakan oleh Project Latte yang didedahkan oleh Windows Central.

Sebelum ini, Project Astoria yang dibangunkan oleh Microsoft 4 beberapa tahun lalu turut mempunyai halatuju sama namun dihentikan kerana maklum balas kurang baik dari pembangun.

Kali ini, menerusi Project Latte pula, ia sedikit berbeza kerana menggunakan Windows Subsystem for Linux (WSL) yang dikatakan kurang cerewet kerana kurang perubahan besar kod pada aplikasi yang dibangunkan.

Sokongan aplikasi Android pada Windows sebenarnya bukanlah perkara baharu kerana Samsung mempunyai kemampuan berkenaan melalui aplikasi Your Phone.

Namun begitu, ia terbatas hanya untuk telefon Samsung sahaja. Dari segi kelebihan, sudah tentu Project Latte akan mempunyai sokongan model Android dan pembangun aplikasi lebih meluas.

Microsoft dijangka akan memperkenalkan Project Latte pada tahun hadapan melalui kemaskini Windows 10.

Sumber: Windows Central

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY