Sokongan Alat Kawalan Untuk COD Mobile Sedang Diperkemaskan

Apabila bermain permainan mudah alih dengan genre FPS atau battle royale, sebahagian daripada kita lebih gemar menggunakan alat kawalan dan bagi peminat COD: Mobile, ini berita baik buat anda.

Melalui satu perkongsian di Reddit, difahamkan bahawa pembangun sedang dalam fasa ujian bagi sokongan alat kawalan bagi permainan mudah alih yang semakin meningkat popular itu.

Namun begitu, pembangun tidak memberikan secara spesifik bilakah penawaran akan dibuat, sebaliknya menyatakan ia akan hadir pada masa akan datang. Dalam fasa ujian ini juga pembangun mahu memastikan ciri sokongan tersebut berjalan lancar dan tidak mengganggu pengalaman bermain.

Sebelum ini, sokongan alat kawalan sudah disediakan pada COD Mobile namun selepas patch terbaru ia sudah tiada lagi.

Sepertimana penawaran emulator yang dibuat tempoh hari, penggunaan alat kawalan akan dipisahkan daripada pengguna yang menggunakan ciri kawalan pada skrin. Hal ini adalah untuk memastikan permainan lebih adil dalam kalangan pemain.

Sumber: Reddit