Sodar AR Boleh Bantu Anda Kekalkan Jarak Sosial

Sejak Covid-19 melanda Malaysia, kita bukan sahaja disarankan untuk sentiasa mensanitasi tangan malah perlu menjaga penjarakan sosial. Tidak sukar rasanya untuk menjaga jarak sekurang-kurangnya 1 meter jika masing-masing faham tentang situasi semasa.

Tetapi sekiranya dirasakan masih payah, anda boleh gunakan Sodar, sebuah ciri realiti terimbuh (AR) yang dibangunkan oleh Google. Sodar berfungsi dengan memberikan gambaran jarak 2 meter kepada anda.

Sodar

Cara gunakannya sangat mudah dan tidak perlu memuat turun sebarang aplikasi. Ia merupakan realiti terimbuh berasaskan web yang anda boleh lawati pada laman sodar.withgoogle. Sekiranya dibuka daripada komputer, anda perlu mengimbas kod QR terlebih dahulu melalui telefon pintar.

Setelah ciri dilancarkan, hala kamera ke bahagian bawah seperti tanah atau lantai disamping menggerak-gerakkan peranti. Seterusnya, garisan maya melengkung akan terpapar menggambarkan jarak 2 meter disekeliling.

sodar

Untuk menggunakannya, peranti anda perlulah menyokong ciri ARCore dimana senarai peranti boleh dilihat pada pautan ini. Namun suka diingatkan bahawa ia hanyalah memberi gambaran dan berkemungkinan mempunyai kekurangan dari segi ketepatan jarak. Gunakannya sekadar panduan untuk memastikan penjarakan sosial kita tetap terjaga.

Berkaitan