Snapdragon Wear 1200 -Pemproses Baru Untuk Wearable

Selain memperkenalkan Snapdragon 450 di MWC Shanghai 2017, Qualcomm turut sama mengumumkan satu lagi cip pemproses untuk wearable, Snapdragon Wear 1200.

Ianya merupakan penambahbaikkan terhadapat cip sebelumnya, Snapdragon Wear 1100 yang memfokuskan kepada peranti jam pintar, band tangan kesihatan, band tangan penjejak dan seangkatan dengannya.

Saiz cip ini adalah 45% lebih kecil berbanding sebelumnya iaitu pada 79mm. Yang menariknya, cip ini sentiasa disambungkan dengan internet, membawa sokongan LTE Cat. M1/NB1 yang membenarkan sambungan 4G tanpa menggunakan banyak kuasa.

Ianya juga membawa sokongan lokasi seperti GPS, GLONASS, Gallileo dan BeiDou bersama tekonologi geo-fencing dan teknologi cloud Qualcomm yang memberikan posisi pengguna yang lebih tepat dan pantas.



Snapdragon Wear 1200 turut membawakan aplikasi pemprosesan untuk platform Linux dan ThreadX. Hadir dengan Qualcomm Secure Execution Environment, memberikan sekuriti dan privasi yang lebih ketat.



Sumber: DigitalTrend