Snapdragon 870 Akan Jadi Cip Eksklusif Untuk Telefon Pintar OPPO

Pada bulan Disember tidak lama lagi, Qualcomm akan memperkenalkan Snapdragon 875 iaitu cip mercu yang bakal digunakan pada telefon pintar tahun 2021.

Namun hari ini, terdapat laporan bahawa ada versi cip sedikit berbeza dengan Snapdragon 875 yang dikenali sebagai Snapdragon 870.

Apa yang menarik adalah cip ini bakal digunakan secara ekslusif oleh OPPO. Mungkin juga kata lain adalah jenama pertama yang menggunakan cip tersebut.

Melihat kepada laporan sumber, cip ini adalah kurang berkuasa berbanding Snapdragon 875 namun lebih pantas dari Snapdragon 865+.

Buat masa ini, tiada maklumat yang menceritakan telefon OPPO manakah yang bakal menggunakan cip dikatakan eksklusif ini.

Sumber: Gizchina

Berkaitan