Snapdragon 865 Diumumkan - Cip Kelas Flagship Tahun 2020, Tapi Tiada Modem 5G Terbina

Hari ini di Snapdragon Tech Summit bertempat di Hawaii, Qualcomm telah mengumumkan cip kelas flagship generasi seterusnya iaitu Snapdragon 865. Ia diumumkan bersama-sama dengan cip Snapdragon 765 dan 765G.

Namun terdapat perbezaan utama antara kedua-dua platform iaitu Snapdragon 865 tidak mempunyai modem 5G secara terbina sepertimana Snapdragon 765 dan 765G. Ini bermaksud, cip ini memerlukan perkakas pengiring iaitu modem X55 untuk menyokong rangkaian 5G. Menurut laporan The Verge, 865 dan modem X55 adalah merupakan pembelian satu pakej. Jadi pengeluar tidak boleh menggunakan 865 dengan modem 4G yang lain untuk menghasilkan peranti dengan rangkaian 4G sahaja. Jika pengeluar mahu menggunakan cip ini, peranti mereka wajib menyokong 5G.



Dengan ini, ia menjadikan Snapragon 865 sebuah pakej yang eksklusif untuk peranti 5G sahaja. Untuk butiran mengenai teras, cpu, gpu dan spesifikasi yang lebih mendalam, ia akan diumumkan oleh Qualcomm esok.

Snapdragon 865 akan menjadi nadi kepada peranti kelas flagship tahun hadapan seperti Samsung Galaxy S11, OnePlus 8, Google Pixel 5, dan banyak lagi. Xiaomi 10 juga disahkan akan menjadi antara peranti pertama untuk menggunakan cip ini.

Sumber: The Verge

Berkaitan