Snapdragon 865 Dijangka 20% Lebih Pantas Berbanding Snapdragon 855 Plus

Menjelang penghujung tahun bermakna bermulanya keterujaan peminat mudah alih menunggu cip pemproses berkuasa tinggi seterusnya, Qualcomm Snapdragon 865.

Pelancarannya dijangka berlangsung ketika acara Snapdragon Tech Summit 2019 yang bermula 3 Disember depan.

Kini mengikuti perkembangan cip kelas atasan itu, perkongsian info awal daripada China menyatakan Snapdragon 865 mungkin dibangunkan dengan proses 7nm  EUV Samsung serta mempunyai variasai 4G dan 5G.



Turut dikongsikan adalah spesifikasi cip yang akan hadir dengan teras ARM Cortex A77 ditetapkan pada 2.84Ghz bersama tiga lagi teras A77 yang ditetapkan pada kelajuan 2.42GHz, sementara empat teras A55 pada 1.8GHz

Dikatakan juga ia akan memberikan cip ini bakal memberikan kepantasan 20% lebih baik daripada Snapdragon 855+. Dibahagian grafik pula, Adreno 650 mungkin menggantikan Adreno 640 dengan 20% lebih prestasi.

Antara pengeluar peranti mudah alih terawal yang dikaitkan dengan penggunaan Snapdragon 865 adalah Samsung, Xiaomi serta Sony.

Sumber: Weibo