Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Snapdragon 865 Akan Diumumkan Pada Awal Disember Ini

Snapdragon 865 Akan Diumumkan Pada Awal Disember Ini

Diterbitkan November 8, 2019 oleh Meor Hasyim

Seperti kebiasaan hujung tahun, Qualcomm akan mengumumkan model cip pemprosesan terkini siri Snapdragon. Untuk cip seterusnya, Snapdragon 865 akan menggantikan Snapdragon 855 dan 855+ sebagai model yang akan digunakan secara meluas pada tahun hadapan (2020).

Mengikut khabar angin, Snapdragon 865 akan menggunakan teknologi EUV 7nm Samsung dan juga teras terbaharu Cortex A-77. Ia juga bakal menggunakan pemprosesan grafik Adreno yang baharu dan juga menyokong RAM LPDDR5. Dijangkakan cip ini akan mempunyai 2 varian dengan kod nama ‘Kona’ dan ‘Huracan’.

 

Salah satunya akan mempunyai sokongan 5G dengan modem Snapdragon X55 dan satu lagi tidak. Setakat ini tiada spesifikasi lain yang disahkan oleh Qualcomm sendiri dan kita hanya mendengar desas-desus dari pelbagai pihak sahaja.

Cip ini akan dilancarkan pada acara Snapdragon Tech Summit 2019 bermula 3 Disember sehingga 5 Disember ini.

Sumber: Winfuture

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY