Snapdragon 835 Akan Muncul Tahun Hadapan Dengan Ciri Quick Charge 4

Samsung dan Qualcomm telah mengumumkan cip set terbaru iaitu Snapdragon 835 yang akan menguasai peranti berkuasa tinggi pada tahun hadapan. Menurut laporan, cip set baru ini akan dibinda dengan 8 teras berbanding 4 teras, bermakna Snapdragon 835 ini akan menjadi pemproses octa-core tidak seperti Snapdragon 820/821.

Sebuah unit pemproses grafik akan dipasangkan ke dalam cip set Snapdragon 835 ini iaitu Adreno 540. Malah, SoC juga memberi sokongan UFS 2.1 iaitu sejenis sistem storan flash. Universal Flash Storage atau UFS versi 2.1 ini suda semestinya menawarkan penambahbaikkan yang ketara berbanding model sebelum ini. Ianya akan memberi sekuriti data melalui keserasian cryptography antara Soc dan UFS sebuah peranti.

image_keith-kressin-qualcomm-ben-suh-samsung-with-10nm-snapdragon-835-feature

Selain daripada itu, ciri menarik yang akan diketengahkan oleh Snapdragon 835 ini adalah fungsi Quick Charge 4. Pihak Qualcomm sendiri mendakwa 5 minit masa cas akan memberikan jangka hayat bateri selama 5 jam. Cipset ini sudah pun berada dalam fasa perkilangan dan dijangka akan digunakan oleh pelbagai jenis peranti pada suku ke 3 tahun hadapan.