Snapdragon 675 Muncul Di GeekBench, Prestasi Yang Ditunjukkan Lebih Baik Daripada Snapdragon 710

Sekitar November tahun lalu, anda mungkin sudah mendengar perkhabaran mengenai cip Snapdragon 675 yang diuji pada platform GeekBench.

Antara beberapa model yang diramal tampil dengan cip kelas pertengahan ini adalah Meizu Note 9, Hisense U30 dan Redmi Note 7 Pro.

Kini sebuah peranti dari Vivo pula dikatakan muncul dilaman Geekbench diiringi cip Snapdragon 675 disamping RAM 6GB dan menjalankan Android 9 Pie.

Kapsyen: Peranti Vivo dengan Snapdragon 675 | Imej: Geekbench


Jika dibandingkan dengan Snapdragon 710 yang dipasang pada Xiaomi Mi 8 SE, prestasi Snapdragon 675 ini dilihat lebih baik.

Kapsyen: Xiaomi Mi 8 SE dengan Snapdragon 710 | Imej: Geekbench


Diperkenalkan pada Oktober 2018, Snapdragon 675 ini menggunakan teras baru iaitu Cortex A-76, tidak seperti dua cip terdahalu, Snapdragon 710 dan 670 yang menggunakan Cortex-A75.

Dari segi prestasi kecerdasan buatan (AI), cip ini dijanjikan dengan peningkatan 50% untuk aplikasi AI berbanding Snapdragon 670.

Sumber: GizChina