Snapdragon 450- Cip Pemproses Baru Untuk Kelas Bajet, 25% Lebih Laju

Mobile World Congres, Shanghai 2017- Qualcomm telah membawakan penambahbaikkan terhadap cip pemprosesan bajet mereka dengan memperkenalkan Snapdragon 450.

Mereka mendakwa cip pemprosesan baru ini diinspirasikan oleh cip pemprosesan kelas pertengahan SD625. Cip baru ini tidak lagi menggunakan rekaan 28nm dan memilih untuk mengetengahkan rekaan lebih kecil iaitu pada 14nm.



Mereka mendakwa SD 435 ini akan menghasilkan peningkatan prestasi sebanyak 25%  berbanding SD 435 sebelum ini. Selain itu, GPT Adreno 506 yang bersepadu memberikan peningkatan 25 peratus dalam prestasi grafik berbanding SD 435.



Snapdragon 450 dikatakan menawarkan jangka hayat beteri sehingga 4 jam lebih banyak serta pengurangan 30% penggunaan kuasa semasa bermain games. Kadar kelajuan disukat pada 1.8GHz. Boleh tahan laju untuk telefon kelas rendah.

Ia menyokong Cat LTE. 6 sambungan dengan modul Snapdragon X9 LTE, resolusi penuh HD + (1440x2160 piksel), USB 3.0, dan pengecasan pantas 3.0 (kosong hingga 80 peratus dalam masa kira-kira 35 minit).

Ia juga dilengkapi dengan sokongan untuk sejumlah besar rangkaian mudah alih dengan Snapdragon All Mode, dan 802.11ac dengan sokongan MU-MIMO.



Qualcomm juga memberitahu ini merupakan cip pertama dalam siri Snapdragon 400 yang menyokong ciri Bokeh. Ini bermakna peranti yang dimuatkan dengan cip ini juga akan memperlihatkan penambahbaikkan terhadap keupayaan kamera.

Ia juga direka untuk menyokong tetapan dwi-kamera yang dipertingkatkan untuk dua sensor 13-Megapiksel, atau sokongan kamera tunggal sehingga 21-Megapiksel; Autofokus hibrid; dan video 1080p bersama playback sehingga 60fps, menghasilkan video pergerakkan perlahan yang lebih cantik.

Sumber: BGR India