Snapchat Umumkan Kerjasama Bersama Shazam

Kini anda mampu menggunakan aplikasi Shazam terus dari Snapchat. Kedua-dua syarikat tersebut telah mengesahkan mereka akan berkerjasama untuk menambah teknologi pengenalpastian musik Shazam di dalam aplikasi Snapchat.

Semasa anda merakam video di dalam Snapchat, anda boleh mengenalpasti musik latar belakang dengan menekan dan menahan skrin kamera. Kemudian anda akan menerima musik yang dikenalpasti. Untuk melihat kembali musik-musik yang disimpan, anda boleh mengeksesnya semula di 'Setting', bermakna anda boleh membuang dan akses senarai musik tanpa perlu keluar dari Snapchat.

Ternyata dengan kerjasama Snapchat dan Shazam ini membuatkan perkongsian video di Snapchat dan info tentang artis atau musik akan menjadi lebih menarik.

snapchat-shazam-update-800x357