Snapchat dan Instagram Membuang Fungsi Giphy Kerana Terdapat GIF Berbau Perkauman

Snapchat dan Instagram buat sementara waktu telah membuang fungsi stiker Giphy GIF dari aplikasi mereka selepas pengguna melihat beberapa kandungan berbau perkauman yang sangat ekstrim.

Pengguna melaporkan perkara tersebut kepada TechCrunch dan melihat kedua-dua aplikasi Snapchat dan Instagram mengandungi bahan yang sama. Fungsi Giphy membolehkan pengguna menambah stiker berbentuk GIF ke dalam media gambar atau video mereka.

GIF yang memaparkan teks berbau perkauman itu telah membangkitkan kemarahan pengguna yang terganggu dengan GIF tersebut.





Pihak Giphy tidak memberikan respon terhadap perkembangan ini dan pihak Instagram sedang menyiasat tentang perkara ini. Bagi Snapchat pula, ini merupakan tamparan baru kepada mereka selepas dikritik melakukan perubahan UI yang tidak disukai oleh sesetengah pengguna mereka. Mereka juga pernah terlibat dengan isu perkauman pada tahun 2016 apabila mencipta stereotaip 'wajah kuning' orang Asia untuk cermin augmented reality (AR). Snapchat telah pun membuat permohonan maaf mengenai isu terbaru ini dan sedang menyiasat mengenainya.

Sumber