0

SMS atau Short Messaging Service pernah menjadi satu perkara yang besar satu ketika dahulu. Remaja pada tahun 2010 pasti ingat akan servis ini yang menjadi medium perhubungan pilihan berbanding panggilan telefon disebabkan murah dan memudahkan mereka.

Dari SMS inilah munculnya perkataan seperti LOL, ILY, IMU, OTW yang dapat menjimatkan ruang dan masa. Semasa tempoh puncak servis ini digunakan, hampir 7.4 trilion SMS dihantar untuk tahun 2011. 2012 pula menyaksikan pengguna mula beralih ke platform Instant Messaging (IM) yang meliputi BBM, Skype dan juga WhatsApp.

Sejarah SMS ini bermula apabila ia mula dihantar pada 3 Disember 1992 di United Kingdom. Mesej pertama ini dihantar menggunakan rangkaian Vodafone oleh jurutera komunikasi, Neil Papworth untuk rakannya dengan ucapan ‘Merry Christmas’

Nokia merupakan syarikat pertama yang memperkenalkan kemampuan SMS untuk telefon mobil mereka pada tahun 1993 dan menjadi salah satu sebab mengapa produk syarikat dari Finland itu mendapat permintaan ramai dari seluruh dunia.

Dunia terus bergerak tetapi kita mungkin tidak dapat melupakan sesuatu yang pernah menjadi sebahagian daripada kita dahulu.

Comments

Leave a reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

More in Berita

You may also like