SmartTAG Tidak Lagi Dijual, Akan Digantikan Dengan Teknologi RFID

Sepertimana yang diberitakan tahun lalu, teknologi RFID bakal diimplementasikan pada plaza tol dibeberapa lebuhraya di Malaysia.

Lanjutan daripada itu, pihak pengendali teknologi berkenaan, Touch n' Go, telah mengambil langkah menamatkan jualan peranti SmartTAG bagi memberi ruang kepada RFID.

Kapsyen: Kredit foto: Remaja


Bakal mengikut jejak langkah negara luar seperti Amerika Syarikat, Argentina dan Taiwan, sistem pembayaran elektronik ini menggunakan sekeping pelekat.

Pelekat yang terisi dengan cip RFID itu akan ditampal pada kenderaan. Perkhidmatan e-Dompet Touch n' Go disambungkan pada teknologi ini, memudahkan pengguna membuat tambah nilai.

Pra-pendaftaran telah pun dibuka bagi sesiapa yang berminat dan pihak Touch ' n Go akan menghubungi anda untuk tujuan pemasangan pelekat terbabit.

Walaupun sudah dihentikan, pengguna SmartTAG masih boleh terus menggunakan peranti tersebut, begitu juga dengan pengguna kad Touch n' Go yang biasa.

Antara lebuhraya yang sudah mempunyai laluan RFID adalah:

1. Kuala Lumpur - Karak Expressway (KLK)
2. Damansara – Puchong Expressway (LDP)
3. Kemuning – Shah Alam Highway (LKSA)
4. Cheras – Kajang Highway (GRANDSAGA)
5. Lebuhraya Grand Sepadu (GRANDSEPADU)
6. Shah Alam Expressway (KESAS)
7. Kajang Dispersal Link Expressway (SILK)
8. Maju Expressway (MEX)
9. Duta - Ulu Kelang Expressway (DUKE)
10. Stormwater Management And Road Tunnel (SMART)
11. New Pantai Expressway (NPE)
12. Besraya Expressway (BESRAYA)
13. Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT)
14. Kuala Lumpur - Kuala Selangor Expressway (LATAR)
15. Ampang-Kuala Lumpur Elevated Highway (AKLEH)
16. Guthrie Corridor Expressway (GCE)

Sumber: Touch n' Go via The Star Online