Slot TV Pendidikan Akan Bersiaran Di Saluran Tutor TV, Astro Bermula 4 Mei 2020

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Astro Malaysia Holdings BHD. (Astro) mengumumkan kerjasama bagi menyiarkan Slot Program TV Pendidikan di saluran Tutor TV, Astro.

Slot program itu yang kini bersiaran di saluran TV Okey akan turut dsiarkan di saluran Tutor TV, Astro bermula dari 4 Mei 2020. Slot tv itu akan disiarkan selama 2 jam pada hari Isnin hingga Jumaat.

Waktu siaran pula adalah dari jam 10.00 pagi hingga 11 pagi menerusi saluran 601 dan dari jam 11.00 pagi hingga 12.00 tengah hari menerusi saluran 603.

Siaran ulangannya pula adalah dari jam 3 petang hingga 4.00 di saluran 601 dan jam 4.00 petang hingga 5.00 petang di saluran 603 pada hari yang sama.

Kerjasama antara KPM dan Astro ini adalah sebagai inisiatif untuk meningkatkan akses murid-murid kepada bahan pembelajaran melalui platfom alternatif.

Sekaligus turut dapat membantu pelajar yang tidak punyai capaian internet bagi mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dari rumah semasa Perintah Kawalan Pergerakan dan Pasca PKP.

Ibu bapa boleh mendapatkan jadual rancangan di laman portal rasmi MOE atau dari laman rasmi Facebook, Instagram dan Twitter milik KPM.

Sumber: MOE

Berkaitan