SliderMini-Menghasilkan Rakaman Video Seperti Golongan Professional

Merakam atau membuat sebarang video dengan hasil yang baik tidaklah sesukar yang disangka jika menggunakan peranti dan kemahiran yang betul. Terdapat pelbagai peringat dan juga peralatan yang perlu digunakan bagi memastikan video yang dihasilkan berkualiti.

Inginkan rakaman video seperti sebuah filem, SliderMini merupakan peranti yang mampu memberikan anda kemudahan untuk menghasilkan video yang menarik. Produk ini hasil cetusan idea daripada China dan ia masih di peringkat pengeluaran.

Peranti ini membolehkan anda mengawalnya bergerak ke kiri atau kanan dengan menggunakan telefon bimbit atau butang yang terdapat pada SliderMini. Ia membolehkan anda merakam video seorang diri, tanpa memerlukan bantuan dan hanya mengawalnya di telefon pintar sahaja.

Kredit: www.indiegogo.com

Selain itu, anda juga boleh menetapkan kelajuan pergerakkan peranti tersebut untuk memudahkan anda merakam sesuatu video. Slider Mini mampu menampung berat kamera sehingga ~15kg dan sesuai untuk semua peranti termasuk telefon pintar. Panjang peranti ini 8 inci (20.32cm) dan dilengkapi dengan pelbagai mod yang boleh anda pilih semasa membuat sebarang rakaman video seperti mod video, timelapse, dan stop motion.

Kredit: www.indiegogo.com

 

Kredit: www.indiegogo.com

Peranti ini boleh disambungkan ke peranti anda dengan menggunakan Bluetooth bagi tujuan tetapan dan kawalan. SliderMini memberikan anda kepuasan untuk merakam video walaupun tanpa mengira kawasan rakaman. Saiznya yang kecil dan spesifikasi yang dilengkapkan dalam peranti ini membantu anda menghasilkan video yang setaraf dengan golongan profesional.

Sumber: Indiegogo

 

 

Marlya Syafikah

Add comment

Langgan Wiser.my

Langgan artikel melalui email dan terima notifikasi setiap kali artikel baru dikeluarkan

Hubungi Kami

03 8686 5408