Slate 15: Bolehkan Anda Ubah Suai Spesifikasi Laptop Mengikut Kemahuan

Sebelum ini ketika mahu membeli sebuah sistem komputer riba, pengguna hanya terikat kepada penawaran spesifikasi yang telah ditetapkan oleh pengeluar sahaja. Kita tidak punyai pilihan untuk menentukan atau mengubah apa-apa yang sudah disediakan syarikat.

Namun sejak kebelakangan ini, terdapat beberapa jenama tempatan dan juga antarabangsa yang mula menawarkan produk komputer yang boleh diubah suai. Salah satunya adalah Level51 dari AftershockPC Singapore.

Sudah bertapak di Malaysia untuk tempoh 2 tahun, Level51 memfokuskan penawaran servis perkhidmatan terbaik bersama harga yang kompetitif untuk kesemua produk mereka.

Kami berpeluang menggunakan salah satu produk mereka, Slate 15, sebuah komputer riba dengan rekaan yang nipis ini tetapi sarat dimuatkan dengan spesifikasi terbaik. Sebagai permulaan, peranti ini dikuasakan dengan cip pemprosesan Intel Core i7-9750H yang berkuasa. Sebagai sebuah komputer riba yang memetingkan prestasi dalam sesi permainan dan juga penyuntingan, cip ini sudah mampu memikul bebanan kerja yang hadir bersama perisian-perisian tersebut.



Dibahagian pemprosesan grafik, Slate 15 menawarkan 3 pilihan kad grafik NVIDIA antara  RTX 2060 6GB, 2070 8GB (Max-Q) dan 2080 8GB (Max-Q). Kesemua kad grafik ini mempunyai teknologi Ray-tracing, satu teknologi baru NVIDIA untuk dengan kad senibina Turing.



Slate 15 menampilkan skrin paparan 14" dengan resolusi penuh. Kadar penyegaran sehingga 144Hz pula memberikan kelebihan kepada pemain dalam permainan FPS (First Person Shooter) yang memerlukan pemain bertindak tangkas dalam suasana rentak permainan yang pantas. Paparan 100% sRGB juga membantu kerja-kerja penyuntingan gambar mahupun video supaya penghasilan gambar tampak lebih tepat. Kemasan matte pada skrin secara tidak langsung membuatkan skrin agak menonjol. Kalibrasi untuk skrin juga diberikan secara percuma ketika anda membeli produk dari Level51.



Bagi tetapan memori, pengguna boleh memilih dari senarai kapasiti memori yang ditawarkan oleh Level51. Berikut merupakan senarai memori RAM untuk Slate 15:

  • 8GB (8GB x 1) DDR4 RAM

  • 16GB (8GB x 2) DDR4 RAM

  • 16GB (16GB x 1) DDR4 RAM

  • 32GB (16GB x 2) DDR4 RAM


Ruang storan pula dibahagikan kepada dua jenis iaitu SSD dan HDD. Untuk ruang storan yang lebih pantas ia bermula dari 256GB sehingga 1TB. Namun sekiranya pengguna mahukan lebih storan dari jenis HDD, mereka perlu menambah sendiri kerana model asas tidak menyertakan HDD dalam tetapan mereka.



Level51 menawarkan promosi bersempena 11.11 dan ia akan berjalan sehingga 24 November ini. Antara promosi yang ditawarkan untuk model Slate 15 adalah:

  • Naik taraf RAM sehingga 16GB

  • Percuma MouseMatLevel51

  • Percuma Intel 9560 2x2 WLAN

  • Percuma Thermal Grizzly Kryonaut

  • Percuma Professional Color Calibration

  • Penyelenggaraan (Reformat, Diagnose, Therma Repasting, dan pembersihan dalaman sistem) secara percuma seumur hidup

  • Penghantaran ekspres (1 sehingga 2 hari bekerja)


Harga yang ditawarkan untuk model asas Slate 15 adalah RM 5975. Dengan spesifikasi di dalamnya, ia merupakan pembelian yang bagus untuk pemain-pemain PC di luar sana dan mereka yang bekerja sebagai content creator. Kalau mahukan lebih atau melihat sendiri produk yang ditawarkan oleh pengeluar ini, layari laman sesawang Level51 untuk maklumat lanjut.