Skype Tambah Ciri Perkongsian Foto Dalam Kemaskini Terbaru Mereka

Skype merupakan aplikasi yang menyediakan platform pemesejan serta perbualan video secara atas talian.

Sudah 14 tahun usia aplikasi ini dan tidak banyak perubahan berlaku kepada medium perbualan ini lebih-lebih lagi bagi versi mudah alih, Android dan iOS.

Baru-baru ini, Microsoft telah memberi nafas baru terhadap aplikasi tersebut serta menambah beberapa ciri dengan harapan ia mampu menarik balik minat orang ramai untuk menggunakannya.

Menerusi program Skype Insider, Microsoft akhirnya berjaya menghadirkan kemaskini Skype untuk Android dan dibawah merupakan ciri yang ditawarkan:

  • Peningkatan prestasi

  • Berkongsi foto dan pautan ke Skype dari aplikasi yang lain

  • Padam kenalan-membolehkan pengguna memadam serta menambah kenalan dari profil

  • Peningkatan render foto ketika melakukan panggilan


Buat masa sekarang kemaskini baru itu masih diperingkat beta dan diuji menerusi program Skype Insider.

Anda boleh muat turun ia tetapi aplikasi itu agak tidak stabil.

Untuk maklumat lanjut tentang program Skype Insider boleh klik sini.

Jika anda salah seorang peserta program muat turun kemaskini Skype disini.

Sumber: MSPU