Skrin Iphone 11 Pro Max Dinobatkan Sebagai Paparan Terbaik Oleh DisplayMate



Baru-baru ini, pihak Apple telah mengesahkan bahawa skrin Iphone 11 Pro Max merupakan skrin terbaik yang pernah mereka hasilkan di majlis pelancaran peranti tersebut pada 10 September yang lalu. Ternyata, apa yang dikatakan oleh pihak Apple itu ternyata benar apabila Iphone 11 Pro Max mendapat skor A+ oleh DisplayMate dan seterusnya mengungguli kedudukan tempat pertama mengatasi Samsung Note 10 Plus dan One Plus 7 Pro.

Beberapa bulan yang lalu, One Plus 7 Pro membuat kejutan dengan menduduki tempat pertama dalam ranking ini namun beberapa bulan selepas itu dipintas oleh peranti mercu terbaru dari Samsung iaitu Samsung Note 10 Plus. Iphone 11 Pro Max telah memintas kedua-dua peranti berkenaan, dengan penambahbaikan layar berbanding model terdahulu iaitu Iphone XS Max dan dengan menambahkan lagi kecerahan skrin dengan 1,200 nits.



Menurut DisplayMate:

"Apple dilihat terus meningkatkan kualiti gambar dan ketepatan warna pada paparan mereka yang menjadikan prestasi paparan iPhone 11 Pro Max secara keseluruhan mencapai rekod baharu dari segi prestasi paparan dan sempurna, menjadikan ia jauh lebih baik daripada telefon pintar yang sedia ada, 4K UHD TV, Tablet, Laptop dan monitor komputer.

IPhone 11 Pro Max juga mempunyai rekod kecerahan tertinggi bagi keseluruhan skrin iaitu 770 nits, dan 820 nits untuk tahap purata bagi gambar biasa 50%, di mana secara kasarnya, ia dua kali ganda daripada peranti mercu yang lain . Berbanding dengan iPhone XS Max, iPhone 11 Pro Max mempunyai peningkatan dari segi kecerahan tertinggi bagi keseluruhan skrin iaitu sebanyak 17% dan mempunyai efisien kuasa paparan 15% lebih tinggi."

Sumber: macrumors